JSD

JSD

Thursday, June 7, 2012

Rahsia Wujudnya Jamu Susuk Dara

FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelom perang dunia ke-2 yg diwarisi turun temurun dukun bidan kampung delek, klang selangor ~ arwah Mbah Roliyah hj Ali yang telah meninggal dunia sebelom malaya merdeka

Pembuat JAMU SUSUK DARA adalah cucu beliau Ms. Hanni. Anak kepada Hj Borhan bin Hj Ali anak kepada Mbah Roliyah.

Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah sakit puan, pengasihan dan pen...gaman rumahtangga.

Sebelom ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak hj Ali.

Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Ms hani telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa aneh dan situasi. Sehingga satu peristiwa ms hani mengalami keguguran dan dalam mimpi beliau didatangi 3 org pening iaitu arwah abang beliau arwah Suhari hj Borhan dengan senyuman, Arwah hj Borhan dengan memanggil ms hani untuk meminum air yang sangat pahit dan suruh mengigit buah yang sangat keras serta arwah mbah Roliyah sendiri menyelimutkan ms hani didalam mimpi dengan daun - daunan.

Sehabis bangun dari tidur dengan badan yang masih lemah - lemah ms. hani berkongsi pengalaman mimpi dengan suami. bermula dari saat itu ms. hani mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.

Sehabis pantang dan badan kembali sehat, ms hani di datangi rakan - rakan yang bermasalah rumahtangga dan dilema wanita. Sebagai rakan ms hani berkongsi pengalaman dan rahsia. sehingga hari ini secara tidak langsung ms hani telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

Dengan ini juga secara tidak langsung membuka peluang menambah pendapatan rakan - rakan wanita. Dan Membuka ruang Perniagaan kepada usahawan - usahawan wanita di luar sana.

Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasehat dan runding cara penggunaan produk. malah pembuatan produk ditingkatkan usahakan dengan lebih aktif dan memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.


PRODUK SUSUK DARA ~ kat sini tak ada penggunaan kuasa sihir atau black2 magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan pengawet.

Rahsia warisan sejak tahun 1850an.









"berminat? "

sila sms 012-2671716

atau email ker

honeyscollection78@gmail.com

No comments:

Post a Comment

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....