JSD

JSD

Sunday, October 21, 2012

Info Jangkitan KUman pd Organ Reproduktif Wanita


Jangkitan Kuman pada organ reproduktif wanita

Terdapat beberapa jenis kuman boleh menjangkiti sistem reproduktif wanita seperti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah drpd jangkitan ini hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Namun sekiranya jangkitan kuman merebak ke saluran fallopian, perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah masalah haid, kesakitan, kemandulan, dan lain-lain.

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yg sering menjangkiti kemaluan dan dalaman peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonas sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk.

Juga terdapat jangkitan kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau yang mengidap kencing manis.

Ada antara penyakit2 dari jangkitan kuman yang amat merbahaya terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ini boleh mengakibatkan berlakunya kemandulan, kesakitan ketika haid dan pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Manakala kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

Mereka yg berisiko terkena jangkitan seperti ini adalah wanita yg hamil, selepas bersalin , selepas keguguran, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid atau menopause.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks. Terutama mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity). 

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

No comments:

Post a Comment

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....