JSD

JSD

Wednesday, October 10, 2012

Medicate Deep Heat Lotion @ RM 48


Testimoni dr wall ejen/pengedar JSD

mak mertua tya 8/10/2012

Semalam kan tya p umah mak mertua..kesian tengok dia nak bangun pun x boleh sebab sakit lutut. Lepas tu tapak kaki bengkak2. Ingat ada kencing manis.tp check x dew plak..tapak kaki dah jd biru. So kebetulan baru lepas hantar barang customer, byk la bwk stok dalam kete. 

Terus tya kasi medicated deep heat lotion. Tya pesan dekat mak mertua tya sapu masa nak tido.takot nanti kalau kena air panas yg teramat plak.. Lepas jer dia semayang and nak tido dia kata nak sapu. Tya dah balik umah dah... Keesokannya hubby tya balik umah mak dia. Tak sempat hubby tya tanya mak dia dah cakap, okey jugak lotion yg tya bagi tu..dia dah boleh betulkan lutut dah, semayang pun x sakit.. 

Cuma rasa sakit cikit2 jew la..tya cakap kat hubby tu baru hari pertama, kena pakai tiap2 malam insyaallah sakit tu akan beransur hilang. Sbb tya punya kaki selalu kejang lepas eksiden hari tu, skang nie dah hilang sakit tu..mulanya tak yakin gak sebab penah pakai lotion cam ginie, tp x der rasa paper..tp yg nie lain plk..best gilew..dah tak sakit urat dh...



1 comment:

  1. Mmg bagus la tya,lotion ni mmg hangat. Perut buncit akak dah kempis sikit lps 2 hr apply kat seluruh tpt yg berlemak. Bila buat keje,lg la berpeluh2...mmmm...mmg best

    ReplyDelete

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....