JSD

JSD

Wednesday, April 10, 2013

Tip : Tips Menggoda Suami yang patut anda tahu

[Tips Menggoda Suami yang patut anda tahu]
Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.

Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.
Rambut TerurusBermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.

Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.
Bibir Merah MenggodaBibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.
Pamerkan KulitPamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.
Bayangan MenggiurkanBangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.
Tukar GayaJika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.
Pelihara Organ IntimDalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.
  haaa.. yg nie boleh ler amek produk Jamu Susuk Dara yea.. huhuhuh

No comments:

Post a Comment

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....