JSD

JSD

Friday, September 13, 2013

MBSS n MV


ATASI MASALAH KETIAK HITAM

Memiliki kulit ketiak hitam dan gelap tentu sangat memalukan dan membuatkan kita berasa kurang selesa terutama ketika mengenakan pakaian tanpa lengan. Kulit ketiak menghitam ialah masalah yang agak biasa dialami oleh kaum wanita. Malah di Female Daily sendiri, ada beratus-ratus laman yang membincangkan tentang masalah itu. Berikut beberapa langkah untuk mengatasinya:

1. Kenal pasti puncanya. Masalah bawah lengan menghitam adalah disebabkan oleh seringnya mencabut bulu ketiak. Maka, hentikanlah kebiasaan itu sekarang juga! Mencabut bulu ketiak akan mengakibatkan liang roma terbuka lebih besar daripada biasa. Apabila hal ini berlaku, bakteria dan kotoran akan mudah masuk ke dalam liang-liang roma lantas menyebabkan kulit ketiak menghitam. Sebagai alternatif, cubalah kaedah pelilinan (waxing) atau lampu denyut beramatan (Intense Pulse Light-IPL) yang dapat mengurangkan pertumbuhan bulu pada ketiak.

2. Jika ketiak tidak terlalu berpeluh, elakkanlah daripada menggunakan deodoran buat sementara waktu. Namun jika berasa tidak selesa apabila tidak menggunakannya, pilihlah deodoran yang mengandungi bahan aktif bagi membantu mengurangkan peluh pada ketiak.

3. Sel kulit mati dan kotoran yang menumpuk juga antara punca ketiak menghitam. Jadi bantulah proses pengelupasan kulit bawah lengan dengan menggunakan bahan penyental atau skrub yang banyak dijual dalam pasaran. Anda juga boleh menghasilkan penyental sendiri. Penyental semula jadi yang berkesan menanggalkan kulit kasar ialah kopi. Untuk mengetahui cara membuatnya, bacalah artikel ini.

4. Ramai yang mengesyorkan untuk menggunakan jus perahan lemon, lebih kurang satu sudu untuk kedua-dua belah ketiak. Bahan ini dikatakan dapat membantu mencerahkan kulit ketiak yang sudah menghitam. Walau bagaimanapun, penggunaan jus lemon yang bersifat asid pada liang-liang roma yang terbuka boleh mencetuskan rasa pedih. Jadi, cara ini hanya patut dicuba apabila kita berasa selesa.

DENGAN SUSUK DARA MASALAH DI ATAS BOLEH D ATASI
DENGAN MASKER VAGINA DAN MAGIC SLIMMMING SOAP...TAK PERLU DEADORANT LAGI..KERING DAN SELESA...TAK KENAL MAKA TAK CINTA 



No comments:

Post a Comment

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....