JSD

JSD

Saturday, May 3, 2014

BAGAIMANA KEPUTIHAN TERJADI


Keadaan yang menyebabkan berlaku KEPUTIHAN 


1-Pada masa yang subur -Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa. 

2-Ketika hamil -Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang -lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan -Apabila lemak terlalu banyak di kaki atau celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum antibiotik dalam dos tinggi -Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan

No comments:

Post a Comment

PANTANG LARANG JSD

Buat pelanggan yang dihormati, berikut adalah pantang larang yang anda perlu tahu sebelum mengambil mana-mana produk Jamu Susuk Dara. Setiap pantang larang dibawah adalah bukan semata-mata dibuat-buat tetapi ini adalah untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang berlaku. Jadi anda perlulah mengambil perhatian secara serius bukannya sambil lewa ya. 1. sebarang JAMU-JAMU atau sebarang ubatan yang mengandungi HERBA TIDAK BOLEH DICAMPUR DENGAN PRODUK JSD (tidak kira lah apa pun jenamanya) ( perlu BERHENTI selama 1 BULAN tak kira sebelum pakai jsd atau selepas pakai jsd ya) 2. sebarang UBAT yang TIADA KANDUNGAN HERBA (seperti supplement, pil perancang dan ubatan hospital), anda boleh JARAKKAN 2 JAM sebelum makan mana-mana produk jsd. 3. segala jenis produk PELANGSINGAN badan tidak kira lah dalam bentuk cecair, kapsul ataupun serbuk dan tidak kira apa pun perasanya, susu, coklat, buah-buahan. Senang cerita, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tujuan untuk pelangsingan badan TIDAK DIBENARKAN UNTUK DICAMPUR DENGAN MANA2 PRODUK JSD... 4. sekiranyer anda ada mengambil mana-mana pil kurus,jamu-jamu lain dan mana-mana produk yang BERASASKAN HERBA, tidak kira apa tujuannya. Hendaklah DIHABISKAN atau MENGHENTIKAN pengambilannya selama SEBULAN sebelum mengambil produk-produk jsd atau selepas mengambil produk jsd. Ini untuk memastikan badan anda betul-betul bebas daripada apa-apa bahan yang boleh menyebabkan komplikasi jika mengambil jsd. 5. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan di galakan untuk mengambil produk jsd, sekurang-kurangnya apabila bayi anda berumur 6 bulan ke atas. Tetapi bergantung kepada keadaan bayi anda. Jika bayi anda kuat, ianya tidak menjadi satu masalah (ramai pengedar dan agen kita yang menyusukan anak sepenuhnya, lepas pantang sudah mengambil jsd.. Alhamdulillah..semakin ok, susu pun banyak....) 6. Bagi wanita yang memakai IUD, hanya pengguna yang telah memakai iud LEBIH SETAHUN dan ke atas sahaja boleh menggunakan JAMU PENGANTIN DARA - JPD 7. Yang paling penting semasa mengambil jsd ini, anda hendaklah BERPANTANG terutamanya dari segi pemakanan. MAKANAN yang mengandungi UNSUR PANAS seperti durian, tapai, madu itu amatlah perlu dijauhi. MAKANAN SEJUK seperti ais krim, puding dan seangkatannya iaitu apa sahaja yang keluar dari peti sejuk jangan lah minum atau makan terus. Elakkan MINUM AIR KELAPA kerana ianya meneutralkan apa jua jenis ubat. 8. setiap arahan dan aturan perlu di ikut, baca dan fahamkan, kalau tidak faham boleh rujuk, kami sedia membantu. Sekiranya anda berdegil, kami di keluarga jsd tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang komplikasi... Mohon kerjasama .....